Nama botaninya Catharanthus Roseus merupakan tanaman hiasan yang kini telah memasuki alam perubatan organik.
Herba ini juga dikenali sebagai Tapak Dara, Janda Kedah,Pokok Kembang Sari Cina dan Pokok Ros Pantai. Nama Saintifiknya adalah Catharanthus Roseus.
Tumbuhan ini berasal dari Madagascar dan biasanya boleh dijumpai di kawasan pantai dan juga kawasan berpasir,
Terdapat banyak bahan yang boleh dijumpai dalam tumbuhan ini yang boleh mengubati pelbagai jenis penyakit. Antara bahannya adalah Cantharanthine, leorosine, Norharman, lochnerine, Vindotine, Akuamine, Vincamine, Vinleurosin dan Vinrosidin. Kesemua bahan tersebut dapat mengubati pelbagai jenis penyakit. Ia juga mengandungi bahan seperti Vinbalistin dan Vincristine yang digunakan dalam kimoterapi kanser.